Tuesday, May 17

Siapa Cik Rue didalam shoutbox sebelah >>>>>?
Maaf, saya mungkin terlupa huhu :)

Wednesday, May 11

At One Point...

Pernah tak anda mengalami suatu keadaan di mana seseorang yang amat anda sayangi sedang mengalami kesusahan yang teramat sangat, dan anda seperti tidak dapat melakukan apa-apa untuknya?

Bukan sebab kekurangan-kekurangan tertentu misal seperti sebab tipikal, iaitulah wang, masa, jarak dan sebagainya. Tapi, boleh dikatakan ini tidaklah mempunyai sebab yang sepatutnya. (Maafkan jika ayat saya mungkin berbelit)

Dan ia mungkin boleh menjadi teruk lagi jika sekiranya orang itu adalah orang yang amat penting bagi diri anda.
dan juga sekiranya pada waktu itu, jika anda sedang mencari seseorang untuk diluahkan, atau sekadar berbual, atau mungkin juga untuk bertanyakan pendapat, seolah-olah semuanya hilang dari pandangan. Seolah-olah anda hanya tinggal keseorangan. 

Mungkin terlalu memilih kata orang, tapi, adalah lebih eloknya jika kita tidak bercerita jika sekadar pendengar seperti orang yang terlalu fokus pada tujuannya iaitu mendengar. Setelah anda ceritakan segala-galanya, perkataan yang anda akan terima mungkin hanya seperti ok. Di saat-saat anda mungkin sangat2 memerlukan sokongan. 
Terlalu demand? Suka hati anda lah tentang apa yang anda hendak perkatakan. Kerana mulut manusia itu tidak dapat dikunci dan tidak dapat diarah dengan sewenang-wenangnya.

Pokok pangkalnya, ramai yang berkata, pandailah memilih, berfikir, merenungi, jika benar-benar mahu hidup di atas muka bumi ini.  Manusia diuji dengan pelbagai sebab, tak bolehlah kalau kita hendak ikutkan cara kita sahaja. Ya, saya setuju, memang betul tu. 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” 
– al-Baqarah : 286.




Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…

“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” 
– al-Baqarah : 45



maaf jika ada yang terasa.



Saturday, May 7

Takde Ape2

Sekadar nak biar blog ini aktif, setelah beberapa lama tidak aktif.

Maaflah.

Selepas ni, banyak akan muncul insyaAllah. 

Jangan muak pula. :)