Thursday, February 16

Tidak ada kaitan

Salam

Lama x menjenguk dalam blog ni, kesian tinggal sepi.

Hurm, semenjak akhir ni, xtahu kenapa urat2 di sekeliling kepala berdenyut dengan amat kuatnya sehingga kadang-kadang terasa macam hendak tercabut keluar. Nampak macam hiperbola kan, tapi itulah apa yang dirasa, kalau cerita guna ayat dua muka surat pun belum tentu lagi dapat orang faham perumpamaan macammana urat kepala ni berdenyut-denyut nak terkeluar. 

Dia kalau dia rasa ada benda yang tak kena, dia tak mudah nak cakap dekat orang, biarlah dia pergi kemas barang ke ape ke, asalkan benda tu boleh hilangkan apa yang tak patut dia rasa, biar orang lain nak kata apa sekali pun dekat dia.

Hidup dia semester ini, dia rasa pack sangat, tapi tak boleh nak salahkan apa-apa, kerana dia tahu, kena bersikap positif sentiasa, baru boleh nak berubah ke arah yang lebih positif, tak apalah orang sekeliling nak kata apa sekalipun, sampai mana sangat pun diorang boleh nak cakap apa, pada akhirnya nanti, senyap juga semua sebab semua takkan kekal dekat dunia ni. Dunia sendiri pun tak kenal, sebab alam ada banyak lagi yang tidak diketahui.

Buat masa sekarang ni, dia nak fokus, dia nak habiskan sesi pengajian dia dekat tempat ni, dia mohon doa kawan-kawan dia untuk mudahkan proses graduasi tempat pengajian dia sekarang ni, walaupun mungkin graduasi ini tidaklah sebesar mana, tapi cukup untuk pastikan tahap pengajian dia yang seterusnya. 

Cukup.