Friday, May 18

Kemaskini. "update"

Salam sejahtera ke atas kamu semua,
atau dalam bahasa arabnya,
Assalamualaikum :)

Semenjak makan tengahari tadi, puas saya memikirkan hendak dikemaskini ( Eng ; update ) apa agaknya blog ini? Dalam kepala, ligat memilih tajuk-tajuk sesuai untuk memastikan agar blog ini sentiasa tersusun, kemas dan bermakna, dan yang paling penting, sentiasa ter'update'.

Pernah saya terfikir untuk membiarkan sahaja blog ini terhenti, dan menyambungnya kembali mungkin apabila saya ada keluarga kelak dan menjadikannya satu tempat khas untuk saya simpan memori bersama bakal keluarga saya itu, insyaAllah.

Hanya sekadar gambar hiasan

Eh, mak ajak makan coklat pula. Tersangkut idea.

Apa tadi?

Kadang-kadang saya terfikir ( kenapa agaknya ya saya suka guna kadang-kadang -.- ) saya ini agaknya bukan seorang yang suka menulis, tapi itu tak mungkin sebab dulu saya amat gemar menulis surat dan karangan. Haha. 

Tapi, saya mengaku, jika saya duduk di dalam satu kelas yang memberi pilihan samada penulisan atau percakapan (Eng ; speaking ), saya akan memilih percakapan. Kalau dalam bahasa inggeris kan selalu ada 'writing', 'speaking', dan lain-lain lagi. Saya dengan erti kata lain lebih gemar melakukan 'speaking'.

Sebenarnya, pada saat saya tulis "sebenarnya" di awal ayat tadi <<<< Saya masih belum dapat berfikir tajuk yang sesuai lagi untuk hari ini, -.- (kenapa susah sangat nak tulis blog sekarang ini? -.- )

18. 05. 2012. Jumaat.

Selain terngiang-ngiang suara ahli bilik kesayangan saya, Nik NurFaten Binti Noorin yang gemar menyuruh saya meng'update' blog tapi tidak memberi tajuk-tajuk yg sesuai, saya sendiri merasakan sungguh tidak wajar saya hanya melayari 'facebook' dan membiarkan blog ini. Padahal blog ini juga ada haknya, bukan begitu?

Eh, sungguhlah, saya tidak tahu apa nak tulis lagi. Boleh tak bagi saya peluang senarai tajuk apa saya nak buat untuk cuti yang sungguh panjang ini?

Dan,

Biar saya simpan sendiri tajuk itu. Nanti saya pamerkan satu per satu. Hihihi.

Sungguh skema ayat blog hari ini. Apa terjadi? o.O

COMING SOON

Review after a year, going to a new one. :)


Have a blessed Jumuah, people.
Assalam