Friday, January 30

*******

Sekarang ni bile aku kalih dekat jam..aku tgk jam dah pun pukul 1:20 pagi..
Tapi camna bleh ade rase nak blog tgh malam2 buta ni..dahle tulis dlm kegelapan bilik..mmg kompem power mata nek..dan x suke nak pakai spek.

Setelah sejam aku mengucapkan selamat hari lahir kepada SITI AISYAH BINTI HUSIN, (ahh tlg jgn bgtau die name die ade di sini) ...aku pun sesaje je masuk blog nak bc kwn2 punya blog...

Bace punye bace punya baca..baru aku sedar diorang ni memang insan yang baik2 belaka...sangat menghargai kengkawan mereka...meskipun ada yg baru berkenalan tu..tapi keakrabannya mcm dah beratus tahun lamanya berkawan..oh itu sgt hiperbola..

Susah untuk kite cari kwn2 yg sangat memahami kte...tmbhn ketika itu kite pun masih x memahami diri kite..

apala yg aku ngarot nieyh..
Tapi mata x mengantok...nak tulis ape je...homework x siap agi...cuti nak abih dah...argh!!!!!!tensyen...someone tolong bg aku azam yang kuat utk menghadapi SPM tahun ini..

Hari ahad ini aku akan meninggalkan negeri tercintaku sebentar untuk aku meneruskan perjuangan di salah sebuah kolej klu**** di negeri s*******.

p/s: Mlm ni punya post mmg agak sedih mungkin sbb suasananya kot..biar je..bukan ade org nak bc pon...

Saturday, January 24

Gile penat!!!!!

Semalam baru balik asrama...dekat pukul 9 baru sampai umah
lewat jgak la sbb kuar asrama pukul 2..tapi becoz of pegi putrajaya dulu..

Sekarang ni kat sekolah...Penat tahap giant atau one utama ke apeke..

Bleh kata seharian kat sekolah....homework + kelas tambahan + kelas sekolah + ko-kurikulum + keje kat asrama lagi....tensyen jgak kekadang...x sempat siap omwek..last2 kene marah ngan cikgu, adus tu yg pedih tu..

Cane nak buat hah???

hmmh...xleh nak ckp byk2..nak wat homework....ngantoknye pagi2 nieyh..xsuke..xsuke dan xsuke.kat skolh pun asyik ngantok je..oh tidak kena tukar habit itu..

untuk hari ni..papeje la ngarot2 nieyh...

so long..bye bye

Monday, December 29

Salam Maal Hijrah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hijrah bukan sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Hijrah juga merupakan perpindahan seseorang itu dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain

Sunday, December 21

Kisah seorang ibu...

Cerita ini ku petik dari salah satu web untuk kita hayati bersama
moga-moga ada pengajaran yang terbit dalam hati kita:

dari.: www.hanan.com.my
asue menulis

"Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu sayamemang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan ituuntuk dijadikan renungan anda sekalian.Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seoranganak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan.Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksamakan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yangmasih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi danlauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu seringmembahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi kemangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar."PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibuberharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makananuntuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasakgulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulaiikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yangmasih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu denganmenggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengancepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedaidengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyarapersekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denganberemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihatkepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapatmenemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terussabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum danmulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujianpeperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakanujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkankopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kentalitu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebihkental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikancawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepatmenolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapabulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kamisekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lididan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangatkudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baikhati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibusupaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga danmencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinyatidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukancinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah puntua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidakpayahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjualsedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yangbekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantumemenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahumenerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibuberkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANGKEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaranke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayaisepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengancemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayaipengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, sayaberhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampirseluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-harituanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibuyang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknyaini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negaraorang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerimaberita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulanguntuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah dikatil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangattua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan sayasebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yangmenjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapaseksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjaditerlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Disaat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaanseperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangisnak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk danmenciumnya.


Kenapa tidak kita melakukannya sementara kita masih sempat sahabat2ku.