Friday, January 25

Bagaikan Baru

Assalamualaikum

Ya. 
"Bagaikan Baru".

Itulah tajuk yang saya rasa sesuai sekali untuk blog ini. Bagaikan baru dicipta beberapa hari, blog ini dah bersepi hampir 7 bulan. Rasanya yg mana dulu rajin membaca pun dah muak membuka disebabkan tak update-update.

Dulu janji dah beli kamera selalu nak update blog. Konon. Lepas dapat kamera, lagilah ber'cinta' nak update sebab nak kena tunggu gambar upload satu hal. Internet yg kejap laju kejap batuk satu hal. 

Tapi semalam bila buka balik blog ni rasa rindu. Rasa rindu yg amat2. Sebab blog ini ada banyak cerita, kenangan, dan perubahan yg berlaku. 

Tapi, trend skarang ni kalau bukak blog takde gambar orang tak baca. Bosan diorang kata. Ah, pedulikan apa orang kata, yang penting ni blog saya. Ehe :D

Sepanjang beberapa tahun ni dah macam2 berlaku. Daripada satu ke satu hal. Rindu nak tulis. Dulu buta tak tahu yang kadang2 ada benda tak boleh kita cerita dekat public, tapi sekarang ni tengah belajar dan sedang perbetulkan. InsyaAllah yang mana betul kita ambil, yang mana salah kita renungi.

Dulu, hyper stay ber-jam2 edit blog ni, html sana coding sini, mengalahkan blog orang yang femes. Cehhh. Apelah awak Aina. 

Dah sampai satu tahap, rasa macam nak delete, tapi kawan2 kata jangan. Lagipun sayang. Dah penat2 dulu  buat kenapa nak delete kan. 

Okaylah. 
Rasanya sampai sini dulu. InsyaAllah kita tengok nanti berapa banyak yang boleh kita update. Lagipun sekarang ni cuti. Takpelah kan, tapi dah masuk sem dua degree nanti, huh *pengsan* o.O

Sekian.
Assalamualaikum.

Thursday, July 12

Kepercayaan


Salam


Apakah perasaannya tatkala esok keluar keputusan yang hampir setengah berharga dalam hidup anda, namun kerana sesuatu , orang yang sungguh anda inginkan untuk berbicara dengannya tiada kerana sesuatu itu.


:(. 








Kepercayaan. ya . Itu kata kuncinya.

Friday, May 18

Kemaskini. "update"

Salam sejahtera ke atas kamu semua,
atau dalam bahasa arabnya,
Assalamualaikum :)

Semenjak makan tengahari tadi, puas saya memikirkan hendak dikemaskini ( Eng ; update ) apa agaknya blog ini? Dalam kepala, ligat memilih tajuk-tajuk sesuai untuk memastikan agar blog ini sentiasa tersusun, kemas dan bermakna, dan yang paling penting, sentiasa ter'update'.

Pernah saya terfikir untuk membiarkan sahaja blog ini terhenti, dan menyambungnya kembali mungkin apabila saya ada keluarga kelak dan menjadikannya satu tempat khas untuk saya simpan memori bersama bakal keluarga saya itu, insyaAllah.

Hanya sekadar gambar hiasan

Eh, mak ajak makan coklat pula. Tersangkut idea.

Apa tadi?

Kadang-kadang saya terfikir ( kenapa agaknya ya saya suka guna kadang-kadang -.- ) saya ini agaknya bukan seorang yang suka menulis, tapi itu tak mungkin sebab dulu saya amat gemar menulis surat dan karangan. Haha. 

Tapi, saya mengaku, jika saya duduk di dalam satu kelas yang memberi pilihan samada penulisan atau percakapan (Eng ; speaking ), saya akan memilih percakapan. Kalau dalam bahasa inggeris kan selalu ada 'writing', 'speaking', dan lain-lain lagi. Saya dengan erti kata lain lebih gemar melakukan 'speaking'.

Sebenarnya, pada saat saya tulis "sebenarnya" di awal ayat tadi <<<< Saya masih belum dapat berfikir tajuk yang sesuai lagi untuk hari ini, -.- (kenapa susah sangat nak tulis blog sekarang ini? -.- )

18. 05. 2012. Jumaat.

Selain terngiang-ngiang suara ahli bilik kesayangan saya, Nik NurFaten Binti Noorin yang gemar menyuruh saya meng'update' blog tapi tidak memberi tajuk-tajuk yg sesuai, saya sendiri merasakan sungguh tidak wajar saya hanya melayari 'facebook' dan membiarkan blog ini. Padahal blog ini juga ada haknya, bukan begitu?

Eh, sungguhlah, saya tidak tahu apa nak tulis lagi. Boleh tak bagi saya peluang senarai tajuk apa saya nak buat untuk cuti yang sungguh panjang ini?

Dan,

Biar saya simpan sendiri tajuk itu. Nanti saya pamerkan satu per satu. Hihihi.

Sungguh skema ayat blog hari ini. Apa terjadi? o.O

COMING SOON

Review after a year, going to a new one. :)


Have a blessed Jumuah, people.
Assalam