Wednesday, March 6

Pendek panjang

" Fall down seven times, stand up eight "
- Japanese Proverb

Salam aleykum,

Malam tadi ada kelas leadership. Kelas yang sepatutnya semua orang kengkonon harus menjadi seorang leader yang power. 

Kelas tu pukul 8 malam, tapi disebabkan beberapa masalah teknikal, saya sampai kelas tu dalam masa 2 3 minit lagi sebelum pukul. Masa tu, jantung dah tak boleh nak berdegup laju lagi dah, memandangkan pensyarah bagaikan seorang yang strict amat2. Tapi Alhamdulillah, malam tadi rasanya dia ok sahaja. Fuhh.

Tapi, semalam hari yang tak syok sedunia. *over*

Ya, saya tak sama macam orang lain. Saya pilih sendiri untuk mencuba agar tidak sama dengan orang lain. Saya dah biasa dilatih begitu.

Kadang-kadang rasa nak cakap tapi bila Allah berikan lagi hikmah dalam hati supaya kekal sabar sabar dan terus sabar dan teruskan berdoa semoga pintu hidayah kita dibukakan untuk semua. 

Dia pesan pada saya : " Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tambah2 bila awak dah bawa sesuatu yang baru, mesti akan ada sesetengah pihak yang tak puas hati. "

Tetapi sampai bila, ya Allah, tolonglah matang, kawal perasaan anda, kita dah besar bukannya budak kecik lagi yang jealous bila kawan sebaya dapat sebatang lolipop besar berbanding diri sendiri.

Matanglah kalau nak cemburu sekalipun, cemburulah pada benda yang sepatutnya. Bukan benda-benda yang tak dapat faedah apa-apa ni kalau Allah nak tanya dekat akhirat esok. Ya, saya tahu manusia tak semuanya sama, tapi bukan itu alasan untuk kita terus bersikap sebegitu. 

Kadang-kadang saya juga cemburu, cemburu pada benda-benda yang batil sebegitu, mungkin sebab pada naturenya saya seorang wanita, perempuan yang kaum lelaki suka perkatakan begini dan begitu. Tetapi, bila sampai satu tahap, fikirlah sendiri, "sampai bila aku nak terus kekal begini, apa ruginya kalau aku besarkan hati?"

Fikirlah sampai satu tahap ke hadapan, jangan fikir untuk jangka masa yang pendek. Fikir esok apa jadi dekat anak cucu kita kalau kita buat orang begini dan begini. Bila masa kita dah tak sperti yang kita rancangkan, bersangka baik untuk keturunan kita. Bukannya keturunan orang lain, keturunan kita sendiri jugak. Kalau tak mahu Islamik sangatlah sekalipun *bahasa2 sekarang*, fikirlah secara logik. Pilih gaya anda. Fikir perasaan orang lain .Fikir yang setiap hari kita tak tahu kita hidup sampai bila. 

Semoga semua orang terus cekal menangani ketabahan di era globalisasi ini. Sesungguhnya apa yang ku tuliskan jatuh pada amalan ku sendiri. Semoga ini turut menjadi pengajaran untuk diri sendiri juga.

Sekian, wassalam. 

Friday, January 25

Bagaikan Baru

Assalamualaikum

Ya. 
"Bagaikan Baru".

Itulah tajuk yang saya rasa sesuai sekali untuk blog ini. Bagaikan baru dicipta beberapa hari, blog ini dah bersepi hampir 7 bulan. Rasanya yg mana dulu rajin membaca pun dah muak membuka disebabkan tak update-update.

Dulu janji dah beli kamera selalu nak update blog. Konon. Lepas dapat kamera, lagilah ber'cinta' nak update sebab nak kena tunggu gambar upload satu hal. Internet yg kejap laju kejap batuk satu hal. 

Tapi semalam bila buka balik blog ni rasa rindu. Rasa rindu yg amat2. Sebab blog ini ada banyak cerita, kenangan, dan perubahan yg berlaku. 

Tapi, trend skarang ni kalau bukak blog takde gambar orang tak baca. Bosan diorang kata. Ah, pedulikan apa orang kata, yang penting ni blog saya. Ehe :D

Sepanjang beberapa tahun ni dah macam2 berlaku. Daripada satu ke satu hal. Rindu nak tulis. Dulu buta tak tahu yang kadang2 ada benda tak boleh kita cerita dekat public, tapi sekarang ni tengah belajar dan sedang perbetulkan. InsyaAllah yang mana betul kita ambil, yang mana salah kita renungi.

Dulu, hyper stay ber-jam2 edit blog ni, html sana coding sini, mengalahkan blog orang yang femes. Cehhh. Apelah awak Aina. 

Dah sampai satu tahap, rasa macam nak delete, tapi kawan2 kata jangan. Lagipun sayang. Dah penat2 dulu  buat kenapa nak delete kan. 

Okaylah. 
Rasanya sampai sini dulu. InsyaAllah kita tengok nanti berapa banyak yang boleh kita update. Lagipun sekarang ni cuti. Takpelah kan, tapi dah masuk sem dua degree nanti, huh *pengsan* o.O

Sekian.
Assalamualaikum.

Thursday, July 12

Kepercayaan


Salam


Apakah perasaannya tatkala esok keluar keputusan yang hampir setengah berharga dalam hidup anda, namun kerana sesuatu , orang yang sungguh anda inginkan untuk berbicara dengannya tiada kerana sesuatu itu.


:(. 








Kepercayaan. ya . Itu kata kuncinya.