Tuesday, December 13

Soalnya Siapa yg Tahu?

Salam


Moga Allah merahmati kita, dia dan mereka semua.

Fikirannya terlalu susah untuk dia tidak memikirkan, dia teringat satu firman Allah dalam al-Quran, maksudnya yg dapat dia fahami, 

"Kadangkala kita rasa perkara itu baik untuk diri kita sedangkan ia buruk buat diri kita, dan kadangkala kta rasa perkara itu buruk untuk diri kita, sedangkan ia yang terbaik buat diri kita." 

Konteks kefahaman ayat ini meluas. InshaALLAH, mudah-mudahan dia faham dengan kefahaman yang bersamaan dengan jalan yang lurus.

Hatinya runsing, hatinya gelisah, hatinya sedih, hatinya risau, takut seandainya dia x dapat membawa dirinya ke arah yang sebenarnya. Hari demi hari, dia melihat satu demi satu mereka yang lain kian terlepas.Dia juga takut, dia tahu dirinya tidak sempurna, dia berdoa dalam diam semoga ALLAH menetapkan hatinya dan memberi hidayahNya yang sungguh bernilai itu kepada dia dan mereka semua itu.

Sungguh dia tak dapat faham , apa yang sudah berlaku? Memang ada juga salahnya kerana katanya dia terlalu leka dengan kenikmatan dunianya sendiri, rutin yang sama setiap hari, kadangkala dia rasa dirinya lalai, dia leka, dia terlupa mengingatkan dirinya, anggapnya mungkin ini balasan terhadap semua perbuatannya, dia tak mahu menunding jari ke arah siapa-siapa. 

"Apakah ini mungkin petunjuk dari-Nya?" Soalnya.

" Ya ALLAH, moga Kau peliharalah kami semua. kami menyayangi dirinya , kami x mahu dia terhanyut dalam buaian mimpi indah yang kami takut tak dapat dia menerimanya andai apa-apa berlaku pada mimpi itu. Jika benar itu yang terbaik buat dirinya, maka Kau satukanlah ya ALLAH, jauhkanlah kami dari maksiat yang hina. Moga-moga dia mendapat peneman yang terbaik buat dirinya, yang dapat menjadi peneman setia, pembimbing ke arah jalan yang Engkau redhai. Aku yakin Kau mempunyai rencanaMu dan ianya terbaik buat kami. Tetapi jika bukan itu jodoh sebenar buat dirinya, maka Kau tunjukkanlah ya ALLAH. "

 

No comments: