Friday, June 14

Bila Allah gerakkan hati

"That old law about 'an eye for an eye' leaves everybody blind. The time is always right to do the right thing." 
- Martin Luther King, Jr.


Salam aleykum,

Secara rasminya blog Coretan Lapang tak pernah ada update semenjak 6 March 2013. Dan pastinya ramai dah menganggap blog ini dah mati. Kan? 3 bulan tak pernah update baik awak delete je blog ni kan Aina? 

*tapi tak pernah sampai hati nak delete, banyak kisah lalu lalang suka duka cuka dalam ini* 

Bila Allah gerakkan hati.

Dah kenapa nak jejiwang sangat ayat sekarang ini. Gerak hati la gerak jiwa la. Sebenarnya bila Allah gerakkan hati tulis link blog dekat atas tu untuk menjenguk bog ini. Manalah tahu dah kena automatic removed by blogger ke. *sedihnya kalau betul kene automatic removed, nanges seminggu (hyperbola)*

Tak semangat nak update sebab tak tahu ke mana hala nak update. Kang merapu kena penyapu. Jadi, setiap kali buka termenung, lepastu tekan tekan older post, dan tekan dan tekan lepastu tergelak sesorang lepastu macam what the ape yang aku tulis ni lepastu macam okay dah habis lepastu macam okay tutup la internet. Banyak gila lepastu kan. Ok sorry.

Sekarang dah habis tahun pertama Biomedik dekat UIA. InsyaAllah lagi 3 tahun nak main kejar-kejar. Ya Allah, nervous tahap petola nak dapat result lagi beberapa ketul hari lagi ni. Mohon doa deh.

Sekarang tengah cuti. Cuti sem. So yang tak cuti jangan nenanges jangan masam2. Teruskan kehidupan! :)


Holiday mode : Activated.


Jalan-jalan jom? ヽ(•‿•)ノ




Wednesday, March 6

Pendek panjang

" Fall down seven times, stand up eight "
- Japanese Proverb

Salam aleykum,

Malam tadi ada kelas leadership. Kelas yang sepatutnya semua orang kengkonon harus menjadi seorang leader yang power. 

Kelas tu pukul 8 malam, tapi disebabkan beberapa masalah teknikal, saya sampai kelas tu dalam masa 2 3 minit lagi sebelum pukul. Masa tu, jantung dah tak boleh nak berdegup laju lagi dah, memandangkan pensyarah bagaikan seorang yang strict amat2. Tapi Alhamdulillah, malam tadi rasanya dia ok sahaja. Fuhh.

Tapi, semalam hari yang tak syok sedunia. *over*

Ya, saya tak sama macam orang lain. Saya pilih sendiri untuk mencuba agar tidak sama dengan orang lain. Saya dah biasa dilatih begitu.

Kadang-kadang rasa nak cakap tapi bila Allah berikan lagi hikmah dalam hati supaya kekal sabar sabar dan terus sabar dan teruskan berdoa semoga pintu hidayah kita dibukakan untuk semua. 

Dia pesan pada saya : " Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tambah2 bila awak dah bawa sesuatu yang baru, mesti akan ada sesetengah pihak yang tak puas hati. "

Tetapi sampai bila, ya Allah, tolonglah matang, kawal perasaan anda, kita dah besar bukannya budak kecik lagi yang jealous bila kawan sebaya dapat sebatang lolipop besar berbanding diri sendiri.

Matanglah kalau nak cemburu sekalipun, cemburulah pada benda yang sepatutnya. Bukan benda-benda yang tak dapat faedah apa-apa ni kalau Allah nak tanya dekat akhirat esok. Ya, saya tahu manusia tak semuanya sama, tapi bukan itu alasan untuk kita terus bersikap sebegitu. 

Kadang-kadang saya juga cemburu, cemburu pada benda-benda yang batil sebegitu, mungkin sebab pada naturenya saya seorang wanita, perempuan yang kaum lelaki suka perkatakan begini dan begitu. Tetapi, bila sampai satu tahap, fikirlah sendiri, "sampai bila aku nak terus kekal begini, apa ruginya kalau aku besarkan hati?"

Fikirlah sampai satu tahap ke hadapan, jangan fikir untuk jangka masa yang pendek. Fikir esok apa jadi dekat anak cucu kita kalau kita buat orang begini dan begini. Bila masa kita dah tak sperti yang kita rancangkan, bersangka baik untuk keturunan kita. Bukannya keturunan orang lain, keturunan kita sendiri jugak. Kalau tak mahu Islamik sangatlah sekalipun *bahasa2 sekarang*, fikirlah secara logik. Pilih gaya anda. Fikir perasaan orang lain .Fikir yang setiap hari kita tak tahu kita hidup sampai bila. 

Semoga semua orang terus cekal menangani ketabahan di era globalisasi ini. Sesungguhnya apa yang ku tuliskan jatuh pada amalan ku sendiri. Semoga ini turut menjadi pengajaran untuk diri sendiri juga.

Sekian, wassalam. 

Friday, January 25

Bagaikan Baru

Assalamualaikum

Ya. 
"Bagaikan Baru".

Itulah tajuk yang saya rasa sesuai sekali untuk blog ini. Bagaikan baru dicipta beberapa hari, blog ini dah bersepi hampir 7 bulan. Rasanya yg mana dulu rajin membaca pun dah muak membuka disebabkan tak update-update.

Dulu janji dah beli kamera selalu nak update blog. Konon. Lepas dapat kamera, lagilah ber'cinta' nak update sebab nak kena tunggu gambar upload satu hal. Internet yg kejap laju kejap batuk satu hal. 

Tapi semalam bila buka balik blog ni rasa rindu. Rasa rindu yg amat2. Sebab blog ini ada banyak cerita, kenangan, dan perubahan yg berlaku. 

Tapi, trend skarang ni kalau bukak blog takde gambar orang tak baca. Bosan diorang kata. Ah, pedulikan apa orang kata, yang penting ni blog saya. Ehe :D

Sepanjang beberapa tahun ni dah macam2 berlaku. Daripada satu ke satu hal. Rindu nak tulis. Dulu buta tak tahu yang kadang2 ada benda tak boleh kita cerita dekat public, tapi sekarang ni tengah belajar dan sedang perbetulkan. InsyaAllah yang mana betul kita ambil, yang mana salah kita renungi.

Dulu, hyper stay ber-jam2 edit blog ni, html sana coding sini, mengalahkan blog orang yang femes. Cehhh. Apelah awak Aina. 

Dah sampai satu tahap, rasa macam nak delete, tapi kawan2 kata jangan. Lagipun sayang. Dah penat2 dulu  buat kenapa nak delete kan. 

Okaylah. 
Rasanya sampai sini dulu. InsyaAllah kita tengok nanti berapa banyak yang boleh kita update. Lagipun sekarang ni cuti. Takpelah kan, tapi dah masuk sem dua degree nanti, huh *pengsan* o.O

Sekian.
Assalamualaikum.

Thursday, July 12

Kepercayaan


Salam


Apakah perasaannya tatkala esok keluar keputusan yang hampir setengah berharga dalam hidup anda, namun kerana sesuatu , orang yang sungguh anda inginkan untuk berbicara dengannya tiada kerana sesuatu itu.


:(. 








Kepercayaan. ya . Itu kata kuncinya.

Friday, May 18

Kemaskini. "update"

Salam sejahtera ke atas kamu semua,
atau dalam bahasa arabnya,
Assalamualaikum :)

Semenjak makan tengahari tadi, puas saya memikirkan hendak dikemaskini ( Eng ; update ) apa agaknya blog ini? Dalam kepala, ligat memilih tajuk-tajuk sesuai untuk memastikan agar blog ini sentiasa tersusun, kemas dan bermakna, dan yang paling penting, sentiasa ter'update'.

Pernah saya terfikir untuk membiarkan sahaja blog ini terhenti, dan menyambungnya kembali mungkin apabila saya ada keluarga kelak dan menjadikannya satu tempat khas untuk saya simpan memori bersama bakal keluarga saya itu, insyaAllah.

Hanya sekadar gambar hiasan

Eh, mak ajak makan coklat pula. Tersangkut idea.

Apa tadi?

Kadang-kadang saya terfikir ( kenapa agaknya ya saya suka guna kadang-kadang -.- ) saya ini agaknya bukan seorang yang suka menulis, tapi itu tak mungkin sebab dulu saya amat gemar menulis surat dan karangan. Haha. 

Tapi, saya mengaku, jika saya duduk di dalam satu kelas yang memberi pilihan samada penulisan atau percakapan (Eng ; speaking ), saya akan memilih percakapan. Kalau dalam bahasa inggeris kan selalu ada 'writing', 'speaking', dan lain-lain lagi. Saya dengan erti kata lain lebih gemar melakukan 'speaking'.

Sebenarnya, pada saat saya tulis "sebenarnya" di awal ayat tadi <<<< Saya masih belum dapat berfikir tajuk yang sesuai lagi untuk hari ini, -.- (kenapa susah sangat nak tulis blog sekarang ini? -.- )

18. 05. 2012. Jumaat.

Selain terngiang-ngiang suara ahli bilik kesayangan saya, Nik NurFaten Binti Noorin yang gemar menyuruh saya meng'update' blog tapi tidak memberi tajuk-tajuk yg sesuai, saya sendiri merasakan sungguh tidak wajar saya hanya melayari 'facebook' dan membiarkan blog ini. Padahal blog ini juga ada haknya, bukan begitu?

Eh, sungguhlah, saya tidak tahu apa nak tulis lagi. Boleh tak bagi saya peluang senarai tajuk apa saya nak buat untuk cuti yang sungguh panjang ini?

Dan,

Biar saya simpan sendiri tajuk itu. Nanti saya pamerkan satu per satu. Hihihi.

Sungguh skema ayat blog hari ini. Apa terjadi? o.O

COMING SOON

Review after a year, going to a new one. :)


Have a blessed Jumuah, people.
Assalam


Wednesday, April 18

Wordless Wednesday


InsyaAllah, sama-sama doakan :)

Thursday, February 16

Tidak ada kaitan

Salam

Lama x menjenguk dalam blog ni, kesian tinggal sepi.

Hurm, semenjak akhir ni, xtahu kenapa urat2 di sekeliling kepala berdenyut dengan amat kuatnya sehingga kadang-kadang terasa macam hendak tercabut keluar. Nampak macam hiperbola kan, tapi itulah apa yang dirasa, kalau cerita guna ayat dua muka surat pun belum tentu lagi dapat orang faham perumpamaan macammana urat kepala ni berdenyut-denyut nak terkeluar. 

Dia kalau dia rasa ada benda yang tak kena, dia tak mudah nak cakap dekat orang, biarlah dia pergi kemas barang ke ape ke, asalkan benda tu boleh hilangkan apa yang tak patut dia rasa, biar orang lain nak kata apa sekali pun dekat dia.

Hidup dia semester ini, dia rasa pack sangat, tapi tak boleh nak salahkan apa-apa, kerana dia tahu, kena bersikap positif sentiasa, baru boleh nak berubah ke arah yang lebih positif, tak apalah orang sekeliling nak kata apa sekalipun, sampai mana sangat pun diorang boleh nak cakap apa, pada akhirnya nanti, senyap juga semua sebab semua takkan kekal dekat dunia ni. Dunia sendiri pun tak kenal, sebab alam ada banyak lagi yang tidak diketahui.

Buat masa sekarang ni, dia nak fokus, dia nak habiskan sesi pengajian dia dekat tempat ni, dia mohon doa kawan-kawan dia untuk mudahkan proses graduasi tempat pengajian dia sekarang ni, walaupun mungkin graduasi ini tidaklah sebesar mana, tapi cukup untuk pastikan tahap pengajian dia yang seterusnya. 

Cukup.


Sunday, January 1

Year passed, Year come

Salam

Last year, tak sempat nak post apa-apa , malam tadi internet tersangat yang sesak, bila buka fb pagi ni, 39 notifications, ya Allah, ape benda ntah banyak sangat berlaku dekat fb malam tadi.

Yelah di samping cerita Amir yang dah selamat kahwin dengan Siraj, of course la juga cerita tahun baru, belambak-lambak post happy new year dekat home saya. 

Perasaan masuk tahun baru? Hmm, buat masa sekarang saya tengah taip post ni,, saya terasa sedikit tiada perasaan yang teroverload untuk masuk tahun baru ini, entah kenapa. Semua orang seronok2 masuk tahun baru, bagi saya perasaan sama sahaja. Ok, ade la kan yang cakap ape ke poyo sangat saya ni? Tapi, memang saya nak rasa macam tu. Tapi tak tahu la kalau 2 minit lepas saya tekan publish post ni tiba-tiba terasa nak terlompat2 seronok masuk tahun baru, yang tu tak tahula kan...

Tapi, apepun kita semua nak happy kan, so, dah2, *perbetul kedudukan*

Selamat Masuk Ke Tahun 2012 semorang !^,~

Ape yang saya nak ingat masa tahun 2011?

Hm, yang penting2 saya ingat nak simpan sendiri sahaja. Lagipun, itu baru betul bukti kita ingat sungguh2, bagi saya lah~ kalau saya taip nanti, saya lupa pastu saya cari balik dekat sini, taknak2, itu tak buktikan saya sentiasa akan ingat detik2 tersebut, sebab saya tahu saya ada simpan, jadi saya berani nak lupakan...taknak2 macam tu okay aina.

Cuma satu ja saya nak bubuh dekat sini tarikhnya, sebab pada tarikh ini, berlaku sesuatu yang amat penting dalam hidup saya. Macam pernah saya tulis dekat fb, 

Peraturan Allah tentang persoalan-persoalan hidup itu indah sekali ^^

dan saya amat mengharapkan yang terbaik..insyaAllah.. 
jom kita doa2 sama okay untuk yang terbaik buat diri kita.



dan tarikh berlaku peristiwa itu :

❤ 26.12.2011 



Oh, tahun ini juga umur saya meningkat lagi.

Ke umur yang orang kata peralihan alam umur. Hmm...


Semoga Tahun ini ada kebaikannya untuk kita kutip2 buat bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di sana nanti :)


.Amin.

Tuesday, December 27

Don't read this if you don't want to.

Seriously.

If you feel it's funny, it isn't.

If you feel it's enjoying, it isn't.

So, just shut up  watch your mouth.

Just go do the thing you wanna do, don't let me into it. 

Don't force me, don't ever force me to decide on you.

I'm just ssoooooo don't know , okay!  

You should have known. You don't need to ask anymore.

Don't bother troubling yourself and then regretting it later, I don't ask for that okay!

Astaghfirullah.



:'(:'(:'(:'(:'(

Be patient Aina, please !

p/s : How can just one thing ruined my day? See, not everyday you get the same moment. 

Monday, December 26

Friday, December 16

Wordless Friday ;)

Salam

Fb source 

Hoho, most of the time it's true till some people fight for the wrong things XD


Tuesday, December 13

Soalnya Siapa yg Tahu?

Salam


Moga Allah merahmati kita, dia dan mereka semua.

Fikirannya terlalu susah untuk dia tidak memikirkan, dia teringat satu firman Allah dalam al-Quran, maksudnya yg dapat dia fahami, 

"Kadangkala kita rasa perkara itu baik untuk diri kita sedangkan ia buruk buat diri kita, dan kadangkala kta rasa perkara itu buruk untuk diri kita, sedangkan ia yang terbaik buat diri kita." 

Konteks kefahaman ayat ini meluas. InshaALLAH, mudah-mudahan dia faham dengan kefahaman yang bersamaan dengan jalan yang lurus.

Hatinya runsing, hatinya gelisah, hatinya sedih, hatinya risau, takut seandainya dia x dapat membawa dirinya ke arah yang sebenarnya. Hari demi hari, dia melihat satu demi satu mereka yang lain kian terlepas.Dia juga takut, dia tahu dirinya tidak sempurna, dia berdoa dalam diam semoga ALLAH menetapkan hatinya dan memberi hidayahNya yang sungguh bernilai itu kepada dia dan mereka semua itu.

Sungguh dia tak dapat faham , apa yang sudah berlaku? Memang ada juga salahnya kerana katanya dia terlalu leka dengan kenikmatan dunianya sendiri, rutin yang sama setiap hari, kadangkala dia rasa dirinya lalai, dia leka, dia terlupa mengingatkan dirinya, anggapnya mungkin ini balasan terhadap semua perbuatannya, dia tak mahu menunding jari ke arah siapa-siapa. 

"Apakah ini mungkin petunjuk dari-Nya?" Soalnya.

" Ya ALLAH, moga Kau peliharalah kami semua. kami menyayangi dirinya , kami x mahu dia terhanyut dalam buaian mimpi indah yang kami takut tak dapat dia menerimanya andai apa-apa berlaku pada mimpi itu. Jika benar itu yang terbaik buat dirinya, maka Kau satukanlah ya ALLAH, jauhkanlah kami dari maksiat yang hina. Moga-moga dia mendapat peneman yang terbaik buat dirinya, yang dapat menjadi peneman setia, pembimbing ke arah jalan yang Engkau redhai. Aku yakin Kau mempunyai rencanaMu dan ianya terbaik buat kami. Tetapi jika bukan itu jodoh sebenar buat dirinya, maka Kau tunjukkanlah ya ALLAH. "

 

Hormati Pemerintah

Salam



Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah 
Kebawah DYMM Al- Sultan AlMu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah 
sebagai Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong ke -14 

dan

Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Hajah Haminah
sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan merahmati Tuanku menjadi YDPA buat kali kedua dalam hayat Tuanku serta mendoakan agar Tuanku dapat membawa suatu lonjakan baru buat Malaysia khususnya negeri Tuanku, Kedah. :)

Daulat Tuanku.

Dari : anak kelahiran negeri Kedah ^^






p/s : Teringat masa Tuanku berdua berkenan datang ke sekolah dulu, masa tu Tuanku berkenan hendak menyampaikan hadiah waktu hari kecemerlangan, mase tu, Tuanku Haminah berkenan hendak menyampaikan, itulah kali pertama bertemu dengan Tuanku dihadapan mata kepala sendiri, dan Tuanku amat mesra sekali dengan senyuman. :)

Menjunjung Kasih Tuanku. :)

Sunday, December 11

Words to be scroll

I heard, that your settled down.
That you, found a girl and your married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things, I didn't gave you.


Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold it back or hide from the light.


I hate to turn up out of the blue uninvited.
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded.
That for me, it isn't over.


Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me, I beg, I remember, you say.
"Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah.


You'd know, how the time flies,
Only yesterday, was the time of our lives.
We were born and raised in summer haze.
Bound by the surprise of our glory days.


I hate to turn up out of the blue uninvited.
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded.
That for me, it isn't over.


Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me,I beg, I remember, you say.
"Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead", yay.


Nothing compares, no worries or cares.
Regret's and mistakes they're memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste.


Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me,I beg, I remember, you say.
"Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead"


Nevermind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me,I beg, I remember, you say.
"Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead",
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yay yay yeah.



Nothing weird, peace. ^,^v ~!!!
Just a song.

Words to be written

Salam

#1

~✿ Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan KETENANGAN, tetapi hanya ALLAH SWT sahaja TAHU RAHSIA di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa... tetapi hanya ALLAH SWT yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai...airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih, maka pandanglah ke langit, kau akan SEDAR bahawa ALLAH SWT SENTIASA BERSAMAMU ✿~


Wednesday, December 7

Jenis

Salam

I feel want to write in Bahasa Malaysia, atau bahasa saya bercakap.

Selamat Tengahari Semua! (gaya nak macam pembaca berita)

Pagi ini, bila saya buka twitter, facebook, blog, macam-macam link blog saya jumpa. Macam-macam jenis blog saya pergi, saya baca, saya tengok penulisannya, saya tengok gaya blognya, saya tengok followernya, saya tengok tu dan saya tengok ini. Eh, banyak pulak saya buat, sebab saya jenis kalau buka internet saya buka tab atas tu banyak-banyak sekali, jadi saya dapat buat kerja banyak sekaligus tanpa membazirkan bandwidth broadband yang dah memang sikit ini. 


Bila saya baca semua blog ini, macam-macam fikiran keluar, saya tidak mahu kata banyak sebab blog saya ini pun tidak adalah sehebat mana, follower pun sikit kalau nak dibanding dengan kawan saya lagi seorang tu tapi saya tak kisah pun, sebab saya rasa bila saya buat blog ni tiga tahun dulu saya tak ada pula terfikir, yes, buat blog then cari follower , tak tak, saya bersyukur dah dengan follower yang ada sekarang ini, sebab diorang sudi nak follow, terima kasih banyak-banyak. Jenis saya, kalau saya pergi ke satu2 blog tu, then gerak hati terasa macam blog dia ni ada faedahnya kalau saya nak baca buat pengisi masa-masa tertentu, straightnya saya akan tekan follow that blog. 

Tapi, bila sampai kadang-kadang dekat sesetengah blog ni, saya sedih, sebab tak salah kalau dia nak menyatakan ketidakpuasan hatinya, tapi janganla sampai menggunakan bahasa-bahasa yang tidak elok. Lagi-lagi kalau dia orang Islam, ada benda dia rasa dia tak puas hati dan seterusnya mengatakan itu dan ini. Ada jenis sarkastik habis. 

Benda yang diperkatakan itu memang ada unsur untuk diperdebatkan tapi tak boleh ke kalau tak guna ayat pelik2. Ini pendapat saya sahaja. Kalau salah, tunjukkan, saya boleh ubah, kita bincang bersama-sama, saya bukan nak cari gaduh, sama macam awak, saya pun ada pendapat saya nak tulis, betul tak?

Kadang-kadang saya terfikir, katakanlah suatu hari, nyawa kita diambil, last post kita, kita tulis itu dan ini dan guna bahasa yang jenis itu, macammana ya? Bila orang baca, setiap satu ayat dia baca, walhal kita dah tiada di bumi ini....Hmm...

Marila ea kita renung-renungkan bersama...

Peace For All !!! >.<

Monday, November 14

Pink-Maniac

Salam

Done with the background, kind of satisfied! So, what's up with the title eh? Hurm, actually I'm not the kind of pink-maniac person. Like everything must be in pink. From toothbrush to all thing, everything must be in pink! Err....not dude, not at all. Maybe some time I have thing in pink, but not like some others that everything is like PINK! 


It's just another colour that I feel it is beautiful. and easy to look at. :D

Macam ni lawa? Haha.

Sunday, November 13

Tomorrow

Salam

Tomorrow is SPM right? Well,

No other wishes than all the best for who is taking it!

ALL THE BEST!


Where's the wrong?

Salam

Those who may not find this post interesting, please, with all respect, proceed to your close button. 

This post is maybe temporary. 

I'm very very very weird with your style. When I text you, you replied with those conversation cutter. When I called you, you talk as if with a government worker. When in front of me, no words is coming out unless I force you to talk. When you talked about something, and I unpurposely didn't hear anything , (as you were murmuring, mumbling or so whatever you can call it), then suddenly you said, 'nothing.' you know, and I was like ..................@#$!%$ !!!
It's weird okay. Very very the weird. 

and you would asked me then,

"What's wrong?"

I tell you.

THIS IS THE WRONG. This crap that are we talking about. 


Why don't you just tell me, you didn't want to talk to me. It's easy aite?

What are you afraid of? We didn't do nothing wrong. Is there anything wrong? Tell me. 
I'm not an invisible person. Why are you afraid of people around you? We are not spies that we have to talk like whispering or talking in a code.

Talk with me . Not answer me. Please reduce the Okay, Yup. and the silence along the way.....
and changing the topics when I'm still talking about it. Are you bored talking with me? If yes, then why bother call me? 

I should stop by now. Cool off for a moment. Hurgh.